Welcome to FeedMyGuest Blog ! Are you looking for a caterer ? Yes

Parti di Rumah

By 3:16 AM ,

Parti di rumah sememangnya menyeronokkan, namun anda perlu melakukan banyak persiapan seperti menyiapkan makanan. Inginkan cara yang mudah? Usah pening kepala menyediakan menu hidangan untuk parti hari lahir anak. Anda hanya perlu menempah khidmat katering untuk sambutan hari-hari istimewa. Laman web www.FeedMyGuest.com menyediakan senarai katering untuk sambutan majlis istimewa termasuklah majlis hari lahir. Anda hanya perlu membuat pemilihan jenis makanan, bajet, jenis majlis dan bilangan orang untuk majlis tersebut. Dan, semuanya adalah percuma! Laman ini merupakan platform untuk anda mencari khidmat katering yang sesuai utuk menjayakan majlis anda nanti!


5 PILIHAN KATERER UNTUK MAJLIS HARI JADI ANAK ANDA

1 The Perfect Match Catering Services

Sesuai dengan namanya, The Perfect Match Catering Services menyediakan pilihan katering terbaik untuk sebarang sambutan majlis keraian. Menawarkan harga serendah RM18 seorang, perkhidmatan katering ini menawarkan selera Malaysia (makanan Melayu, Cina & India) dan pilihan makanan barat.

2 Tasty Touch Catering

Salah satu penyedia khidmat katering eksklusif yang terkenal di Lembah Klang, Tasty Touch Catering menawarkan makanan jenis finger food dan hidangan fusion. Makanan akan disediakan mengikut majlis dan pilihan pelanggan. Selain ala carte, Tasty Touch juga menyediakan pakej promo untuk majlis hari jadi, kahwin, majlis korporat dan banyak lagi.


3 Rampai Caterer

Rampai Caterer menyediakan menu lazat untuk majlis perkahwinan, pertunangan, cukur jambul, mesyuarat, jamuan hari raya, parti hari jadi dan banyak lagi. Pakej makanan yang disediakan adalah serendah RM5 seorang sehingga RM17 seorang.

4 Crudites Events

Meriahkan parti hari jadi anak anda dengan menu canapes, tapas dan pencuci mulut dari Crudites Events. Perkhidmatan katering ini menawarkan RM200 untuk satu kotak bagi menu canapes, tapas dan pencuci mulut. Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan khidmat BBQ dan makan bufet.

5 Restaurant Mahbub

Jika anda inginkan rasa masakan India dalam parti hari lahir si manja, Restaurant Mahbub adalah pilihan yang baik. Memfokuskan kepada masakan India dan Melayu, penyedia katering ini amat terkenal dengan pakej bufet yang
menawarkan perkhidmatan pramusaji, penghantaran dan set kutlerikesemua ini percuma.


Update : updated Crudites Event's price based on their 2017 menu (2017-01-24)

Republished with permission from Majalah MamaPapa (was originally published in Majalah MamaPapa, November 2016 issue)

You Might Also Like

0 comments