Welcome to FeedMyGuest Blog ! Are you looking for a caterer ? Yes

FeedMyGuest Penyelesaian Carian Katering Anda

By 12:11 AM , , , , , , , , , ,

Merancang sesuatu majlis bukan lah satu perkara yang mudah dilakukan. Banyak perkara yang perlu diambil kira untuk memastikan segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Kebiasaannya ianya memakan masa untuk merancang majlis dengan sempurna, malah ia juga memakan tenaga serta wang ringgit.

Perkara utama yang paling penting dalam sesebuah majlis sudah tentunya juadah makanan. Paling digeruni sekali bagi semua orang adalah apabila majlis bakal tiba tetapi katering masih lagi belum berjaya ditemui. Jika anda sedang dalam proses atau merancang untuk mengadakan sebarang majlis, kami mahu kongsikan satu kemudahan buat anda semua iaitu FeedMyGuest.



Himpunan pelbagai katering di bawah satu bumbung

Perkenalkan FeedMyGuest, satu platform yang bakal memudahkan tugas anda dalam merancang sesuatu majlis. Satu platform yang menghimpunkan katering terbaik di Malaysia yang menawarkan keistimewaan masakan tersendiri, tersedia untuk anda pilih.

Dengan lebih 200 katering yang tersenarai di platform ini dan lebih 3,000 menu untuk dipilih, FeedMyGuest memudahkan tugas anda untuk merancang sebarang majlis. Memerlukan katering untuk merancang majlis perkahwinan dengan lebih 1,000 tetamu? Meraikan ulang tahun kelahiran pertama si manja? Majlis korporat yang besar-besaran? Semuanya boleh dilakukan di FeedMyGuest ini.



Pilihan juadah menarik, untuk semua majlis

FeedMyGuest menghidangkan anda lebih 10 jenis masakan untuk dipilih. Gemar makanan Arab? Cina? India? Barat? Masakan Melayu? Semuanya boleh dipilih di platform ini. Apa yang menariknya, platform ini memberi kemudahan untuk anda menapis katering berdasarkan pilihan seperti makanan halal, tidak halal ataupun vegetarian semuanya bergantung pada pilihan anda.

Tidak tertumpu pada buffet sahaja, turut disediakan pilihan juadah yang siap dibungkus "pre-packed meals" atau jika anda merancang majlis yang santai dan lain daripada biasa, pilihan food truck juga turut ada. Semuanya tersedia dengan jaminan kualiti makanan yang terbaik.



Carian katering di hujung jari

Untuk memulakan pencarian katering untuk memenuhi majlis anda yang diidamkan, anda hanya perlu memasukkan pilihan iaitu jumlah tetamu, bajet, jenis makanan yang dimahukan serta jenis majlis untuk memudahkan pencarian.

FeedMyGuest akan menapis kesemua katering dan menyenaraikan pencarian yang tepat berdasarkan maklumat yang anda berikan. Setelah anda menjumpai katering yang dimahukan, mulakan memesan dengan memasukkan maklumat penting yang diperlukan. Satu email akan dihantar untuk mengesahkan pesanan anda. Sekarang, anda hanya perlu menunggu panggilan daripada pihak katering untuk langkah seterusnya. Mudah bukan?



FeedMyGuest penyelesaian anda

Mudahkan pencarian anda dengan menggunakan platform FeedMyGuest. Tidak perlu lagi untuk melakukan pencarian satu persatu di internet dan akhirnya anda masih lagi tidak berjaya menemui katering yang diinginkan. Permudahkan kerja anda, masa serta tenaga dengan hanya perlu layari FeedMyGuest masukkan kesemua maklumat dan pilih! Antara syarikat yang pernah menggunakan perkhidmatan ini adalah Hong Leong, Manulife, SUNWAY dan banyak lagi kepada lebih 64,950 pelanggan.



You Might Also Like

0 comments